Loading

Istilah Lucifer

Tentang Lucifer

Summary by:Pranawa

Lucifer: Pemegang Terang dan Bintang Fajar [223]


Istilah Lucifer dikaitkan dengan Setan sebagai nama. Istilah ini telah diubah-ubah dan memberikan pengertian yang negatif. Demikina juga, istilah Bintang Fajar telah dikaitkan dengan Kristus dalam bentuk yang diubah-ubah. Apabila Alkitab merujuk Setan sebagai Bintang Pagi atau Bintang Fajar dan merujuk Kristus sebagai Pemegang terang, yang mana memberi pengertian Lucifer, orang mengaplikasikan nama-nama yang diubah-ubah ini dan membuat kesimpulan yang salah. Malah ada beberapa orang yang terkeliru dengan Kristus dan Setan.

Orang Yahudi tidak memahmi sepenuhnya apa yang berlaku dengan teks dalam Perjanjian Lama kerana mereka menolak Mesiah sebagai Bintang Fajar.

Soncino menterjemahkan Yesaya 14:12 sebagai:

"Wah, engkau sudah jatuh dari langit, hai Bintang Timur, putera Fajar,

engkau sudah dipecahkan dan jatuh ke bumi, hai yang mengalahkan bangsa-bangsa!

Soncino menterjemahkan petikan ini seperti di bawah.

12: bintang timur [atau Lucifer (pemegang terang). Bintang Timur (putera fajar) dibawah nama Istar disembah oleh orang Babilon, dan zaman kuasa dan kemuliaan Nebukanezar diwakili oleh perbandingan mereka dengan bintang yang bersinar.] Arbarbanel mengemukakan bahawa bintang ini, yakni Venus, adalah putera sorgawi Babilon.

membuang undi. Untuk menentukan hari di mana bangsa-bangsa tertentu akan menyumbangkan pelayanan (Rashi). Yang lain menterjemahkan, ‘kamu telah membunuh bangsa’ (Targum, Ibn Ezra, Kimchi).

LXX menterjemhakan teks:

Bagaimana Lucifer yang bangkit pada waktu pagi jatuh dari sorga.

Disini ianya dilambangkan oleh penggunaan istilah Lucifer dalam bahasa Inggeris dari aplikasi versi KJV. Istilah ho ‘Eosphoros ho proianatellon diterjemahkan sebagai Lucifer yang bangkit pada waktu pagi.

Ini menterjamhkan perkataan Ibrani yang bererti bagaimana (SHD 349) kamu jatuh (SHD 5307) dari langit (SHD 8064) o bintang yang bersinar (SHD 1966) putera fajar (SHD 1121 dan 7837) (lihat Green’s Interlinear). SHD 1966 (hyll) adalah perkataan heylel. Ia bererti bintang fajar atau bintang timur dari erti kata keadaan terangnya dalam SHD 1984 halal bererti jelas dan oleh itu bersinar dengan jelas. Ia mempunyai aplikasi positif dan negatif iaitu ia boleh diertikan menyombongkan atau memuliakan, memberikan terang. Ia boleh diertikan kegilaan yang dibuat-buat dalam palikasi yang negatif. Dalam penggunaannya dalam pergertian yang positif dan diaplikasikan dalam bentuk seperti dalam SHS 1966 heylel, ia adalah bintang Fajar atau bintang timut.

Tentang Lucifer Originally published in Shvoong: http://id.shvoong.com/social-sciences/1882513-tentang-lucifer/

0 comments:

Post a Comment